Ahad, 30 Januari 2011

Adakah menolong isteri di dapur itu menjatuhkan maruah seorang suami? Pada pendapat saya, maruah seorang suami tidak akan jatuh malahan ia akan mendapat pujian serta dapat menambat hati isteri. Seorang suami seharusnya menukar paradigma mereka bahawa menolong isteri dalam melakukan kerja rumah itu akan menjatuhkan maruah anda ataupun anda akan dikata "queen control". Sebenarnya pada zaman ini, suami isteri harus saling tolong menolong, saling bantu membantu untuk meringankan beban kerja masing-masing.

Sebagai seorang suami anda tidak berasa kasihan apabila melihat isteri anda melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit ataupun ketika isteri anda sarat mengandung. Buangkan ego anda kerana sesungguhnya pada asalnya kerja-kerja rumah itu sepatutnya anda yang lakukan. Buangkan pemikiran yang mengatakan bahawa kerja-kerja di rumah sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Cuba anda bayangkan, seorang wanita yang baru sahaja pulang dari bekerja terkejar-kejar untuk memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak tetapi anda sebagai seorang suami pulang sahaja dari bekerja mandi, kemudian menonton televisyen, dan meminta isteri anda menghidangkan kopi kepada anda. Seharusnya suami yang dikurniakan akal yang lebih dari kaum wanita mampu berfikir dengan waras tetapi sayangnya anda sebagai suami kadang-kadang tidak mampu memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Kesimpulannya, ubahlah paradigma yang mengatakan menolong isteri menjatuhkan maruah anda sebagai seorang suami serta sebagai seorang lelaki.

Sekian, Wasalam...




Dua minggu lepas, saya dan suami pergi berjalan-jalan di Masjid Kristal dan Taman Kesenian Islam yang terletak di Kuala Terengganu. Kami bertolak dari Tumpat pada pukul 2 pagi dan sampai di Kuala Terengganu kira-kira jam 4.30 pagi. Kami menginap di Resort di sekitar Batu Buruk. Penginapan tidak mahal mana sekitar RM 40 sahaja.

Pada keesokan harinya, selepas makan tengahari kami pergi ke Masjid Kristal serta Taman Kesenian Islam. Pada pendapat saya masjid tersebut sangat cantik dan indah. Kemudian, saya dan suami pergi ke kafe yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk minum dan melihat keindahan panorama ciptaan Tuhan dan melihat seorang lelaki dan perempuan sedang bermain jetski ( betul ke ejaan, belasah je).







Best tengok tapi tak berani nak cuba....







Selepas hampir 4 kali keluar dan masuk semula, saya dan suami mengambil keputusan untuk melihat keindahan Taman Monumen. Secara jujurnya, saya berpendapat Taman Monumen tersebut sangat cantik. Namun begitu, jika tiada penyelanggaran secara berkala maka tempat yang cantik akan menjadi tempat yang kurang menarik. Selain itu, rugi mengeluarkan modal yang banyak untuk membina Taman Monumen tersebut jika tidak diselanggarakan dengan baik. Pada pendapat saya juga, Taman Monumen ini merupakan antara daya tarikan untuk pelancong datang berkunjung ke negeri tersebut. Jika adanya promosi yang berkesan tidak mustahil ramai pelancong tertarik untuk datang melihat keindahan yang terdapat di negeri Terengganu ini.Saya titipkan beberapa gambar ketika saya dan suami melihat tempat tersebut.

Pemandangan Masjid Kristal, siapakah juruteranya?Pada pendapat saya, anda hebat orangnya kerana dapat menyiapkan pelan yang hebat dan cantik.

Gambar Batu Bersurat juga dipamerkan di Taman Monumen yang membuktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.



Rehal juga turut dipamerkan di Taman Monumen ini.





Pasangan yang romantik ke?


Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi lain kali akan saya uploadkan.....


Ahad, 23 Januari 2011



Ceramah agama dari Ustaz Kazim. Beliau antara penceramah agama yang saya minati kerana kepetahan beliau dalam menyampaikan ceramah agama. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendengar ceramah ini kerana banyak manfaat yang akan kita perolehi. Selain itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib sehingga ke akhir hayat kita.Pada pendapat saya,mempelajari sesuatu ilmu itu bukan sahaja melalui pendidikan formal iaitu bersekolah di sekolah rendah, menengah, serta memasuki IPTA atau IPTS malahan sesuatu ilmu boleh kita perolehi melalui pembacaan, pemerhatian,pendengaran, serta pengalaman hidup.

Sekian.

Rabu, 19 Januari 2011

Filem Damping Malam lakonan Ahmad Idham dan Amy Mastura merupakan filem yang menarik untuk ditonton oleh masyarakat. Cerita dalam filem ini boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita.Antara pengajaran yang boleh kita ambil dalam cerita ini :
  1. Hanya Allah tempat untuk kita meminta pertolongan dan usahlah meminta pertolongan kepada pendamping kerana banyak keburukan dari kebaikannya.
  2. Usahlah terlalu taksub mengejar kekayaan harta dunia ini sehingga mengabaikan perasaan isteri.
  3. Isteri-isteri yang kesunyian serta takut suami mencari wanita lain tidak perlulah menggunakan pendamping untuk menghilangkan rasa sunyi kerana lebih banyak keburukan dari kebaikannya. Untuk menghilangkan rasa sunyi banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh kita lakukan.
  4. Usahlah memfitnah orang lain demi menutup aib serta keburukan kita serta siasatlah dahulu sebelum mempercayai sesuatu perkara yang disampaikan kepada kita.

Sabtu, 15 Januari 2011

PENGANGGURAN DALAM KALANGAN SISWAZAH

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan isu yang seringkali diperkatakan tidak kira sama ada dalam media massa mahupun media cetak. Mengapakah ramai siswazah yang menganggur? Adakah kerana mereka memilih pekerjaan? Apakah punca-punca serta sebab-sebab ramai siswazah menganggur? Pada pendapat saya, ramai siswazah menganggur bukan kerana mereka memilih pekerjaan tetapi begitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan. Kemunculan ramainya siswazah yang cerdik pandai bak kata pepatah "umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan" menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat. Tambahan pula, kemunculan pelbagai insitut pengajian tinggi swasta yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat tawaran belajar di IPTA untuk menyambung pelajaran di IPTS. Fenomena ini berlaku kerana ramai yang menyedari bahawa perlunya setiap individu itu menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, berlakunya lambakan siswazah.

Persoalannya, mengapakah berlakunya pengangguran? Pada pendapat saya kesilapan memilih kursus semasa di universiti merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah pengangguran. Oleh itu, sebelum kita hendak melanjutkan pelajaran ke universiti, kita harus memikirkan prospek kerjaya yang boleh kita ceburi apabila kita tamat pengajian dalam bidang tersebut. Wahai remaja-remaja di luar sana yang sedang menunggu keputusan SPM dan STPM kajilah minat anda dan prospek kerjaya yang boleh anda ceburi serta tetapkan matlamat dan visi anda. Namun begitu, kita juga harus mengingati bahawa setiap apa yang dirancang belum tentu dapat dilaksanakan. Jika perkara itu berlaku ingatlah bahawa pasti ada perancangan yang lebih hebat dari Allah kepada anda.

Mahasiswa serta mahasiswi yang berada di universiti, persiapkan minda anda untuk menghadapi alam pekerjaan semasa berada di universiti lagi. Fikir-fikirkanlah kerjaya apa yang akan anda ceburi selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, mantapkan diri anda dengan pelbagai ilmu untuk menjadikan anda mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti kerana apabila tamat pengajian anda akan berhadapan dan bersaing dengan ribuan mahasiswa dan mahasiswi. Hanya yang terbaik dalam kalangan yang terbaik sahaja akan dipilih untuk bekerja sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Adakah pointer yang baik menjamin anda mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan? Pada pandangan saya tidak kerana ramai juga yang mendapat CGPA "cukup-cukup makan" mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan. Apakah kriteria yang ditetapkan? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....

Sekian, terima kasih....

Khamis, 13 Januari 2011

Kes penderaan kanak-kanak semakin menular dalam kalangan masyarakat. Mengapakah perkara ini terjadi? Apakah sudah hilang nilai kasih sayang, nilai kemanusiaan dalam diri individu tersebut sehingga tergamak mendera kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Anak itu anugerah Tuhan kepada pasangan yang berkahwin. Anak itu lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Namun begitu, mengapakah mereka tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak berdosa tersebut?

Tekanan yang dialami merupakan antara punca terjadinya kes penderaan kanak-kanak. Ibu bapa yang bekerja membawa masalah yang dialami di pejabat pulang ke rumah. Anak-anak yang berusia dalam lingkungan 1-7 tahun sememangnya mempunyai karenah yang manja dan pelbagai ragamnya. Namun, itu bukan alasan untuk kita sebagai orang yang lebih dewasa dan berakal untuk melepaskan tekanan kepada anak-anak yang tidak berdosa ini. Ingatlah, mereka belum mencapai umur akhil baligh lagi. Oleh itu, akal yang dimiliki masih cetek. Jadi, jangan lepaskan tekanan perasaan anda kepada anak-anak ini. Setiap kali kita tertekan ingatlah Allah kerana ia merupakan terapi paling mujarab untuk menghilangkan semua masalah serta tekanan yang dialami. Cuba kita ingati semula, bagaimana kedua ibu bapa yang membesarkan kita. Adakah pernah mereka melepaskan perasaan marah kepada kita? Mereka sentiasa bersabar melayan karenah serta ragam kita semasa kecil. Oleh itu, kenapakah kita tidak mampu untuk bersabar dengan karenah mereka yang akalnya masih cetek?

Sepatutnya, mereka bersyukur dengan zuriat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka kerana ramai yang berkahwin tetapi masih belum mempunyai zuriat. Oleh itu, usah persiakan anugerah yang berharga tersebut. Jangan sampai kita menyesali setelah melakukan perkara tersebut. Bak kata pepatah "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna".

Sekian, segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk dari dalam diri saya sendiri.

Rabu, 12 Januari 2011

Wanita

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Lirik lagu yang menarik,indah,puitis, serta mendalam maksudnya sekiranya dihayati oleh pendengar. Lirik lagu ini keseluruhannya menceritakan bahawa kaum hawa ini mempunyai akal yang sedikit serta emosi yang rapuh. Ya, sememangnya benar kerana Allah menjadikan kaum wanita mempunyai 9 nafsu serta 1 akal. lazimnya segala tindakannya menggunakan nafu tanpa menggunakan akal. Oleh yang demikian,mereka memerlukan pemimpin yang hebat, berilmu, serta sabar untuk membentuk keperibadian yang baik. Oleh itu, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang .

Siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin kepada kaum hawa ini? Bagi anak-anak perempuan sudah tentu bapanya yang sewajarnya menjadi pemimpin kepada anak-anak perempuannya. Wahai, para bapa serta bakal menjadi bapa lengkapkanlah diri anda dengan ilmu agama agar dapat mendidik anak anda menjadi seorang muslimah sejati!. Tanggungjawab lelaki sebenarnya berat kerana Allah jadikan anda mempunyai akal yang lebih banyak dari kaum hawa. Dalam hidup saya ini, saya amat menghormati bapa saya. Sesungguhnya, beliau telah memberikan didikan agama yang sewajarnya dengan menasihati setiap perbuatan saya tidak menyenangkan pada pandangan mata beliau. Beliau seringkali memberi nasihat mengenai suatu perkara, mengingatkan saya bahawa perlunya menjaga maruah sebagai wanita. Suatu ketika saya bosan juga untuk mendengar bebelan bapa saya.Namun, jika difikirkan apa yang disampaikan oleh beliau adalah perkara yang benar. Pada pandangan saya, semakin sukar untuk mencari lelaki yang mampu membimbing kaum wanita agar menjadi muslimah sejati.

Manakala bagi mereka yang bergelar isteri, suami yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri menjadi muslimah sejati. Wahai para suami, sedarilah bahawa apabila sahnya lafaz ijab dan kabul maka anda memegang tanggungjawab yang berat. Walaupun anda para suami memberi makan,pakai,serta tempat tinggal anda masih belum digelar lelaki yang bertanggungjawab jika tidak mendidik anda dengan ilmu agama. Ukuran lelaki yang bertanggungjawab ialah beliau melaksanakan tanggungjawab mendidik isteri menjadi seorang muslimah sejati.(yang saya dengar dalam satu rancangan TV iaitu tanyalah ustaz di tv9). Oleh itu, sedarilah para suami bahawa tanggungjawab anda berat.
Untuk menjadi pemimpin kepada kaum hawa, anda terlebih dahulu perlu mempunyai ilmu agama serta menunjukkan contoh yang baik kepada isteri anda.

Sekian,Wasalam,
Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari dalam diri saya..


Selasa, 11 Januari 2011

wanita,dehearty

Selamat Berjuang

Brothers

Selamat Berjuang

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Apabila mendengar lagu ini, tiba-tiba saya teringat zaman belajar dekat UKM dulu. Rindunya pada kawan-kawan lama. Dahulu semasa saya belajar dekat UKM rasa tidak sabar sangat nak konvo. Namun begitu, selepas tamat belajar selama 5 tahun ini tiba-tiba saya teringat zaman belajar dulu.

Indahnya zaman belajar dulu. Zaman bergurau senda dengan kawan-kawan, zaman menjadi kanak-kanak riang dulu. Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan bergelar sebagai seorang pelajar. Dahulu, semasa saya sedang menuntut di UKM hampir tiap-tiap minggu saya akan pulang ke kampung. Rindunya nak naik komuter, rindunya naik bas transional dari Seremban- Bahau. Saya masih ingat lagi satu peristiwa pada pagi jumaat kira-kira jam 8.45 pagi saya sampai ke stesen komuter seremban. Saya terpaksa berjalan selaju mungkin untuk menaiki bas di terminal Seremban pada pukul 9 pagi... semput berjalan laju2 dengan membawa beg baju.. Seringkali emak saya mengingatkan saya supaya menaiki teksi untuk pergi ke terminal Seremban. Namun, saya juga seringkali bohong sunat, malas nak naik teksi sebab mahal. Mereka risaukan saya untuk melintas jalan kerana takut apa2 terjadi kepada saya. Hahaha.... Saya juga hampir dikejar anjing... Hahaha.... Takutnye... Tetapi redah je... hahaha.... Pernah juga saya tak sempat menaiki bas pada pukul 9 pagi... hahaha.... maka saya terlepas bas pada di Bahau,terpaksa la menaiki bas pada pukul 3ptg kot... Berkeroncong la perut saya... sampai sahaja ke rumah, tak sempat tukar baju, saya tengok lauk +nasi di dapur.... Hahaha... Saya juga masih ingat lagi betapa takutnya saya kerana dalam bas transional tu saya seorang je perempuan. hampir nak menangis saya dikacau oleh seorang lelaki... Mujur lelaki tersebut tidak duduk di sebelah saya... Itu semua hanyalah kenangan dalam hidup saya... Tabiat saya apabila menaiki bas ialah saya tidak berminat untuk berbual dengan mana-mana lelaki.. Malas nak layan... Lebih baik tidur... Saya juga masih ingat saya pernah berdiri dalam bas dari Seremban -Bahau,penatnya kaki.... Hahaha.... Apabila diingatkan semula rasa macam nak gelak sorang2...








Isnin, 10 Januari 2011

Sebentar tadi saya melihat promo filem khurafat dalam televisyen. Secara jujur saya teringin hendak melihat filem ini. Saya berharap filem khurafat ini "bukanlah indah khabar dari rupa". Apa yang saya perhatikan industri perfileman negara sekarang mengalami suatu zaman yang mana kebanyakan penerbit serta produser filem gemar untuk menerbitkan cerita-cerita yang berbentuk komedi seram dan cerita yang berunsurkan seram.

Ahad, 9 Januari 2011

Dewasa ini, nilai kemanusiaan serta nilai kasih sayang semakin pupus dalam diri individu. Saban hari kita dipaparkan berita pembuangan bayi.Malahan lebih menyedihkan lagi apabila mereka yang membuang bayi ini seorang wanita muslim. Mengapakah gejala ini berlaku? Apakah tiada nilai kasih sayang dan nilai kemanusiaan dalam diri individu ini sehingga sanggup membuang bayi tersebut?

Gejala ini berlaku kerana ramai gadis mudah terpedaya dengan janji-janji manis seorang lelaki. Untuk membuktikan rasa kasih dan sayang kepada teman lelaki mereka sanggup menyerahkan nilai kehormatan kepada teman lelakinya. Lelaki tersebut pula menabur janji setinggi gunung iaitu kononya akan bertanggungjawab jika terjadi kehamilan . Namun,bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang". Maksudnya setelah mendapat apa yang diharapkan dari gadis tersebut, jarang lelaki akan bertanggungjawab. Wahai gadis-gadis di luar sana jagalah kehormatan anda. Ingatlah kedua ibu bapa anda yang membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Mereka mengharapkan agar anda menjadi anak kebanggaan mereka, anak yang menjadi kebanggaan masyarakat. Usahlah hampakan harapan mereka. Jika benar lelaki itu ikhlas menyayangi kita, mana mungkin mereka akan meminta sesuatu yang diluar batasan agama. Jadilah seorang gadis yang tegas dan memikirkan mana yang baik dan buruk. Dua dosa besar yang anda lakukan iaitu berzina serta membuang bayi yang tidak berdosa tersebut.

Ibu bapa boleh menangani masalah ini dengan sentiasa memantau dan mengawasi anak gadis mereka.Ingatlah sesungguhnya anak merupakan anugerah Tuhan serta amanah kita dengan Allah. Didiklah anak gadis anda dengan didikan agama. Usah percaya kepada apa yang anak anda katakan kepada anda 100%. Kenali siapa kawan-kawan mereka kerana kawan itu boleh mencerminkan peribadi dan tingkahlaku anak kita.

Akhir sekali, wahai gadis-gadis yang berada di luar sana jagalah kehormatan kita untuk seorang lelaki yang bernama suami. Jadilah seorang yang lembut tetapi tegas dengan pendiriannya. Sesungguhnya lelaki sangat menghormati wanita-wanita yang menjaga maruah serta harga dirinya. Sayangilah diri anda dan ingatlah kedua orang tua anda yang membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Usah malukan mereka..

Sekian.
Membaca itu jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang seringkali diperkatakan. Namun begitu, saya melihat masyarakat pada hari ini kurang gemar membaca. Pada saya dengan membaca kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran juga boleh berlaku melalui membaca. Contohnya dengan membaca surakhabar kita dapat mengetahui isu-isu terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Budaya membaca ini harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya minat membaca. Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Terangkan kepada mereka kebaikan membaca.

Aktiviti membaca ini dapat merangsang perkembangan minda anak-anak. Anak-anak yang suka membaca lazimnya cepat belajar dan mengetahui banyak perkara dalam hidup ini. Namun begitu, kita tidak perlu setiap saat dan detik membaca bahan-bahan yang bersifat ilmiah. Pada pendapat saya, otak kita juga perlu berehat dari memikirkan urusan seharian. Oleh itu, kita boleh membaca novel. Saya sendiri suka membaca novel untuk mengisi masa lapang serta mengurangkan tekanan.

Sabtu, 8 Januari 2011

Kehadiran tahun baru ini bermakna bertambahlah usia saya.Dalam usia 28 tahun saya masih tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan. Saya masih belum mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa depan saya. Jauh dalam sudut saya, saya teringin mempunyai kerjaya yang tetap.Kadang-kadang bila bersembang dengan rakan-rakan semasa di universiti dulu timbul rasa rendah diri kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Namun begitu, setiap kali bersembang dengan mereka, seringkali mereka memberi nasihat supaya jangan berputus asa kerana rezeki Allah yang tentukan. Seringkali juga saya menyatakan kepada mereka bahawa saya juga teringin untuk bekerja seperti mereka, memiliki harta sendiri, dapat memberi wang kepada ibu bapa saya.Saya rasa lebih sedih kerana saya anak sulung dan satu-satunya anak mereka yang berjaya memasuki IPTA. Rasa sedih apabila keluar dari universiti tidak dapat menolong kedua ibu bapa saya. Teman-teman seperjuangan yang masih belum mendapat pekerjaan menjadi tempat untuk saya meluahkan rasa sedih kerana kami saling faham memahami. Kami seringkali disindir.. Rasanya telinga sudah tidak berdaya untuk mendengarnya tetapi terpaksa juga menahan segala sindiran. Bila agaknya giliran saya dan rakan-rakan seperjuangan yang masih belum mendapat pekerjaan tetap akan mendapat pekerjaan. Secara jujur saya rasa "give up" sangat. Give up sangat2...

Kembara : Hati Emas (HQ Audio)

M. Nasir

Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Pada zaman kini memang sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai hati emas. Saya suka lirik lagu ini. Hasil garapan M.Nasir.Siapa tidak mengenali M.Nasir? Seorang pengkarya yang hebat. Sentuhan seninya pasti menarik dan mempunyai unsur-unsur yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita.

Zaman sudah semakin canggih sehingga sukar untuk kita mengenali hati manusia. Mana yang ikhlas dalam suatu perhubungan sama ada dalam persahabatan ataupun percintaan. Begitu sukar untuk kita mengenali hati budi seseorang. Ada yang nampak baik tetapi sebaliknya. Begitu juga ada yang nampak macam kurang baik tetapi sebenarnya mempunyai hati nurani yang baik. Jadi, "dont judge book by the cover" .Maksudnya, jangan menilai seseorang berdasarkan apa yang kita rasa. Belum tentu penilaian kita tepat. kenali hati budi sebelum menilai seseorang.

Kita belajar mengenali seseorang melalui pengalaman. Pengalaman merupakan guru serta rakan terbaik dalam hidup kita. Jika kita mengalami suatu pengalaman mengenali seseorang yang tidak ikhlas dalam suatu perhubungan atau persahabatan bermakna kita insan yang terpilih untuk menghadapi musibah tersebut.Hadapi dengan tenang. Percaya bahawa apa yang berlaku itu menguji serta menjadikan kita insan yang berjiwa kental. Doakan yang terbaik untuk insan-insan sedemikian.

Jumaat, 7 Januari 2011





Kenangan terindah dalam hidup saya.Akhirnya dapat memakai jubah konvokesyen. Namun begitu, saya teringin hendak merasai suasana konvokesyen sekali lagi kerana pada hari konvokesyen saya sakit perut. Suasana yang ceria bertukar menjadi duka. Selepas habis konvo saya tidak sempat bergambar dengan rakan-rakan kerana kondisi badan yang tidak mengizinkan saya untuk berjumpa serta bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan. Jadi, tiada gambar bersama kawan-kawan. sedih,sedih,sedih, huhuhu...




ini antara koleksi gambar yang ada pada saya... huhuhu



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bertemu kemudian berpisah merupakan perkara biasa dalam hidup kita.Persahabatan akan terjalin melalui pertemuan.Kita akan menjalinkan persahabatan dan mengenali rakan-rakan yang baru. Ini antara gambar kenangan indahnya pertemuan ketika berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.Gambar ini tidak silap saya ketika saya berada tahun 2 di Universiti. Indahnya berkawan bersama mereka. Saya masih lagi mengingati nama mereka iaitu Nor Sazila Samad,Noor Fariza Bt Ahmad, Nor Azimah Mohd Yaacob, Suhaini Arshad, Nurul Asyikin Bt Mustafa, Rusdiana Parenteng, Nina Noryani, Noraida Awang,Khairu dan Anuar. Begitu cepat masa berlalu akhirnya masing-masing membawa haluan hidup masing-masing. Malahan kebanyakan daripada mereka sudah berkawin dan mempunyai komitmen sendiri. Namun begitu, ia meninggalkan kenangan terindah dalam hidup saya.

Indahnya bila dikenang zaman bergelar mahasiswi.Tidak kusangka akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Indah sungguh kenangan itu bila diingat semula. Saya rindu akan kenangan bersama rakan-rakan berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Saya rindu untuk membuat "asigment" bersama kawan-kawan, rindu untuk pergi kelas "tutorial", rindu dengan kuliah dan rindu untuk "hang out" bersama teman-teman. Namun, itu hanyalah secebis kenangan yang berada dalam kotak fikiran saya.




Ini dia housemate saya ketika saya berada dalam tahun 2 dan tahun 3 di Universiti. Dari kiri Kak Saba,Ayu,saya,Nawal dan Nani. Keempat mereka kini bergelar pendidik. Kak Saba,Nawal dan Nani menjadi guru J-Qaf manakala ayu guru pendidikan khas. Terasa sedih sangat apabila housemate saya sudah mempunyai kerja yang tetap. Bila pulak giliran saya. Indah berkawan dengan mereka,tiada perselisihan faham,pertelingkahan kerana masing-masing saling memahami dan bertolak ansur. kadang-kadang timbul rasa irihati bila melihat kawan-kawan sudah mempunyai kerjaya masing-masing tetapi saya percaya pasti akan tiba giliran saya pula merasai nikmat tersebut.



Apabila melihat gambar ini saya rasa pada waktu saya mempunyai kulit muka yang putih melepak. Bukan setakat putih melepak malah bersih dari sebarang jerawat
(angkat bakul). Ramai juga kawan-kawan saya yang mengatakan saya comel orangnya.Pada saya terpulang pada penilaian individu. Selain itu, pada waktu saya mempunyai bentuk fizikal yang kecil.Namun begitu, kini saya........ Indah bersama kedua-dua orang sahabat saya ini. Namun begitu, ia hanyalah kenangan terindah dalam hidup saya kerana sejak menamatkan pengajian saya belum pernah berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka.



Ini dia gambar saya iaitu Fitriah Bt Karim.Kenangan terindah dalam hidup saya iaitu gambar kenangan ketika bergelar mahasiswi UKM daripada tahun 2003-2006.

Sebuah Pertemuan

Bisikan Nurani

Lagu ini nyanyian kumpulan in-team....

Bisikan Nurani
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Bisikan Nurani

Kasih Kekasih

Khamis, 6 Januari 2011

apa-apa sahaja


Perkahwinan itu merupakan satu ikatan suci antara 2 orang manusia yang mana 2 jiwa disatukan dalam ijab dan kabul. Perkahwinan bukanlah merupakan perkara yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang bakal dilalui oleh pasangan terutama bagi pasangan yang baru melayari alam rumahtangga. Kekuatan mental,jiwa,serta rohani itu adalah antara punca berkekalan sesebuah perkahwinan. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga apa elemen penting yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka. Pertama, usahlah diharap perkahwinan ini indah-indah belaka, pasti ada dugaan dan rintangan yang lebih hebat dari sebelum berkahwin.Selain itu,usahlah berharap bahawa pasangan kita terlalu sempurna,apa yang penting dia ikhlas menyayangi kita, menghormati kita dan keluarga kita. Harungilah alam perkahwinan dengan rasa saling sayang menyayangi iaitu semakin hari semakin sayang. Jagalah pertuturan dan tingkahlaku kita. Janganlah ketika kita mempunyai perasaan marah kepada pasangan kita, kita mengeluarkan kata-kata kesat seperti bangsat, bodoh,tolol,bengong, dan lain-lain. Jagalah hati pasangan kita. walaupun dia melakukan kesalahan tetapi boleh ditegur dengan cara yang lebih hikmah dan bijaksana dan bukannya dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat. Ingatilah kebaikan yang pernah pasangan kita berikan kepada kita. Jangan sesekali kita memikirkan bahawa apa yang ada diluar itu jauh lebih baik dari pasangan kita kerana belum tentu perkara itu benar. Yakinlah bahawa apa yang telah ditentukan dalam hidup kita pasti terbaik dalam hidup kita. Pertelingkahan dan perbalahan dalam rumahtangga itu merupakan perkara biasa dan fikirkan yang positif. Pertengkaran dan pertelingkahan itu sebenarnya yang membuatkan kita lebih memahami pasangan kita. Anggaplah itu asam garam dalam kehidupan rumahtangga.Pasti ada manisnya pada penghujung kehidupan kita.

Rabu, 5 Januari 2011

kenangan masa lalu...

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Adakah azam anda pada tahun 2010 tercapai.Jika tercapai tahnian dan syabas saya ucapkan. Anda seorang yang hebat kerana berjaya merealisasikan azam anda dan kepada mereka yang belum berjaya mencapai azam anda usahakan pada tahun ini termasuklah diri saya.Usaha itu tangga kejayaan. Saya berharap dengan bermulanya tahun baru ini segala impian dan harapan saya akan tercapai.Semoga dipermudahkan segala urusan hidup.Kehadiran tahun baru ini bermakna bertambahnya umur seseorang termasuk umur saya iaitu berumur 28 tahun. Pastinya banyak kenangan suka duka sepanjang 28 tahun dipinjamkan hidup di muka bumi Allah ini.Kehidupan saya yang bermula dari fasa pertama iaitu berada dalam rahim ibu. Kemudian, apabila lahirnya saya di muka bumi kedua ibu bapa saya pasti mengharapkan saya menjadi insan berguna dan menjadi kebanggaan mereka. Adakah apa yang diharapkan oleh mereka tercapai?
Kenangan yang dilalui sememangnya ada pahit dan indah untuk dikenang.Kenangan yang indah pasti akan disemat dalam sanubari kita.Namun begitu, kenangan yang pahit jangan dibuang.Jadikan ia sebagai satu pengajaran, kenalpasti kenapa ia berlaku dan sebabnya dan yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,pasti ada manisnya kerana kita adalah insan yang dipilih untuk mengharungi semua itu supaya jiwa kita kuat,minda kita positif,serta ia menjadi warna-warna pelangi dalam kehidupan kita. Akhir sekali fikir positif atas perkara yang terjadi.

http://www.smashingapps.com/wp-content/uploads/2008/02/love-wallpaper.jpg


Nasyid oleh In Team : Nur Kasih

tips-tips untuk pasangan suami isteri...

Dr Fadzilah Kamsah merupakan antara pakar motivasi yang saya minati.oleh itu, saya sertakan tips-tips dari Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.



1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t 


Perselisihan faham dan pertelingkahan merupakan perkara biasa dalam rumahtangga. Namun begitu, jika kita berada dalam situasi yang tegang ingatilah kebaikan yang pasangan kita pernah buat dalam hidup kita.Setiap manusia itu ada baik dan buruknya, Terimalah pasangan seadanya.jadikan islam itu panduan hidup. sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu dalam diri kita sendiri..

sudirman-hujan

hujan ooo hujan....

Hujan merupakan anugerah Allah s.w.t kepada hambanya.Hujan yang turun boleh menjadi salah satu elemen penting untuk menyuburkan tanaman yang ditanam oleh petani-petani, menjadi sumber minuman serta keperluan asas dalam kehidupan manusia.Begitu banyak kepentingan hujan dalam kehidupan kita sebagai manusia.Namun begitu, hujan yang turun juga mungkin merupakan tanda kemurkaan Allah kepada hambanya supaya hambanya mengingati bahawa mereka hanyalah insan lemah dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Hujan yang turun tanpa henti-henti boleh menyebabkan berlakunya banjir. Begitu hebatnya kuasa Allah s.w.t...

coretan fitriah karim: Teman Sejati

coretan fitriah karim: Teman Sejati




sukar untuk mencari teman sejati dalam hidup ini...
teman ketika kita senang dan susah...
teman ketika kita senang dan bergembira memang ramai
tetapi teman ketika kita berada dalam kesusahan tidak ramai...
jika ada hargailah mereka.... jagalah perasaan mereka...
sesungguhnya anda beruntung mendapat teman sedemikian rupa...

Teman Sejati