Ahad, 30 Januari 2011

Adakah menolong isteri di dapur itu menjatuhkan maruah seorang suami? Pada pendapat saya, maruah seorang suami tidak akan jatuh malahan ia akan mendapat pujian serta dapat menambat hati isteri. Seorang suami seharusnya menukar paradigma mereka bahawa menolong isteri dalam melakukan kerja rumah itu akan menjatuhkan maruah anda ataupun anda akan dikata "queen control". Sebenarnya pada zaman ini, suami isteri harus saling tolong menolong, saling bantu membantu untuk meringankan beban kerja masing-masing.

Sebagai seorang suami anda tidak berasa kasihan apabila melihat isteri anda melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit ataupun ketika isteri anda sarat mengandung. Buangkan ego anda kerana sesungguhnya pada asalnya kerja-kerja rumah itu sepatutnya anda yang lakukan. Buangkan pemikiran yang mengatakan bahawa kerja-kerja di rumah sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Cuba anda bayangkan, seorang wanita yang baru sahaja pulang dari bekerja terkejar-kejar untuk memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak tetapi anda sebagai seorang suami pulang sahaja dari bekerja mandi, kemudian menonton televisyen, dan meminta isteri anda menghidangkan kopi kepada anda. Seharusnya suami yang dikurniakan akal yang lebih dari kaum wanita mampu berfikir dengan waras tetapi sayangnya anda sebagai suami kadang-kadang tidak mampu memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Kesimpulannya, ubahlah paradigma yang mengatakan menolong isteri menjatuhkan maruah anda sebagai seorang suami serta sebagai seorang lelaki.

Sekian, Wasalam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan