Dewasa ini, nilai kemanusiaan serta nilai kasih sayang semakin pupus dalam diri individu. Saban hari kita dipaparkan berita pembuangan bayi.Malahan lebih menyedihkan lagi apabila mereka yang membuang bayi ini seorang wanita muslim. Mengapakah gejala ini berlaku? Apakah tiada nilai kasih sayang dan nilai kemanusiaan dalam diri individu ini sehingga sanggup membuang bayi tersebut?
Gejala ini berlaku kerana ramai gadis mudah terpedaya dengan janji-janji manis seorang lelaki. Untuk membuktikan rasa kasih dan sayang kepada teman lelaki mereka sanggup menyerahkan nilai kehormatan kepada teman lelakinya. Lelaki tersebut pula menabur janji setinggi gunung iaitu kononya akan bertanggungjawab jika terjadi kehamilan . Namun,bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang". Maksudnya setelah mendapat apa yang diharapkan dari gadis tersebut, jarang lelaki akan bertanggungjawab. Wahai gadis-gadis di luar sana jagalah kehormatan anda. Ingatlah kedua ibu bapa anda yang membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Mereka mengharapkan agar anda menjadi anak kebanggaan mereka, anak yang menjadi kebanggaan masyarakat. Usahlah hampakan harapan mereka. Jika benar lelaki itu ikhlas menyayangi kita, mana mungkin mereka akan meminta sesuatu yang diluar batasan agama. Jadilah seorang gadis yang tegas dan memikirkan mana yang baik dan buruk. Dua dosa besar yang anda lakukan iaitu berzina serta membuang bayi yang tidak berdosa tersebut.
Ibu bapa boleh menangani masalah ini dengan sentiasa memantau dan mengawasi anak gadis mereka.Ingatlah sesungguhnya anak merupakan anugerah Tuhan serta amanah kita dengan Allah. Didiklah anak gadis anda dengan didikan agama. Usah percaya kepada apa yang anak anda katakan kepada anda 100%. Kenali siapa kawan-kawan mereka kerana kawan itu boleh mencerminkan peribadi dan tingkahlaku anak kita.
Akhir sekali, wahai gadis-gadis yang berada di luar sana jagalah kehormatan kita untuk seorang lelaki yang bernama suami. Jadilah seorang yang lembut tetapi tegas dengan pendiriannya. Sesungguhnya lelaki sangat menghormati wanita-wanita yang menjaga maruah serta harga dirinya. Sayangilah diri anda dan ingatlah kedua orang tua anda yang membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Usah malukan mereka..
Sekian.
Ahad, 9 Januari 2011
Membaca itu jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang seringkali diperkatakan. Namun begitu, saya melihat masyarakat pada hari ini kurang gemar membaca. Pada saya dengan membaca kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran juga boleh berlaku melalui membaca. Contohnya dengan membaca surakhabar kita dapat mengetahui isu-isu terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Budaya membaca ini harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya minat membaca. Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Terangkan kepada mereka kebaikan membaca.
Aktiviti membaca ini dapat merangsang perkembangan minda anak-anak. Anak-anak yang suka membaca lazimnya cepat belajar dan mengetahui banyak perkara dalam hidup ini. Namun begitu, kita tidak perlu setiap saat dan detik membaca bahan-bahan yang bersifat ilmiah. Pada pendapat saya, otak kita juga perlu berehat dari memikirkan urusan seharian. Oleh itu, kita boleh membaca novel. Saya sendiri suka membaca novel untuk mengisi masa lapang serta mengurangkan tekanan.
Aktiviti membaca ini dapat merangsang perkembangan minda anak-anak. Anak-anak yang suka membaca lazimnya cepat belajar dan mengetahui banyak perkara dalam hidup ini. Namun begitu, kita tidak perlu setiap saat dan detik membaca bahan-bahan yang bersifat ilmiah. Pada pendapat saya, otak kita juga perlu berehat dari memikirkan urusan seharian. Oleh itu, kita boleh membaca novel. Saya sendiri suka membaca novel untuk mengisi masa lapang serta mengurangkan tekanan.
Langgan:
Catatan (Atom)