Sabtu, 8 Januari 2011

Kehadiran tahun baru ini bermakna bertambahlah usia saya.Dalam usia 28 tahun saya masih tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan. Saya masih belum mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa depan saya. Jauh dalam sudut saya, saya teringin mempunyai kerjaya yang tetap.Kadang-kadang bila bersembang dengan rakan-rakan semasa di universiti dulu timbul rasa rendah diri kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Namun begitu, setiap kali bersembang dengan mereka, seringkali mereka memberi nasihat supaya jangan berputus asa kerana rezeki Allah yang tentukan. Seringkali juga saya menyatakan kepada mereka bahawa saya juga teringin untuk bekerja seperti mereka, memiliki harta sendiri, dapat memberi wang kepada ibu bapa saya.Saya rasa lebih sedih kerana saya anak sulung dan satu-satunya anak mereka yang berjaya memasuki IPTA. Rasa sedih apabila keluar dari universiti tidak dapat menolong kedua ibu bapa saya. Teman-teman seperjuangan yang masih belum mendapat pekerjaan menjadi tempat untuk saya meluahkan rasa sedih kerana kami saling faham memahami. Kami seringkali disindir.. Rasanya telinga sudah tidak berdaya untuk mendengarnya tetapi terpaksa juga menahan segala sindiran. Bila agaknya giliran saya dan rakan-rakan seperjuangan yang masih belum mendapat pekerjaan tetap akan mendapat pekerjaan. Secara jujur saya rasa "give up" sangat. Give up sangat2...

Kembara : Hati Emas (HQ Audio)

M. Nasir

Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Pada zaman kini memang sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai hati emas. Saya suka lirik lagu ini. Hasil garapan M.Nasir.Siapa tidak mengenali M.Nasir? Seorang pengkarya yang hebat. Sentuhan seninya pasti menarik dan mempunyai unsur-unsur yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita.

Zaman sudah semakin canggih sehingga sukar untuk kita mengenali hati manusia. Mana yang ikhlas dalam suatu perhubungan sama ada dalam persahabatan ataupun percintaan. Begitu sukar untuk kita mengenali hati budi seseorang. Ada yang nampak baik tetapi sebaliknya. Begitu juga ada yang nampak macam kurang baik tetapi sebenarnya mempunyai hati nurani yang baik. Jadi, "dont judge book by the cover" .Maksudnya, jangan menilai seseorang berdasarkan apa yang kita rasa. Belum tentu penilaian kita tepat. kenali hati budi sebelum menilai seseorang.

Kita belajar mengenali seseorang melalui pengalaman. Pengalaman merupakan guru serta rakan terbaik dalam hidup kita. Jika kita mengalami suatu pengalaman mengenali seseorang yang tidak ikhlas dalam suatu perhubungan atau persahabatan bermakna kita insan yang terpilih untuk menghadapi musibah tersebut.Hadapi dengan tenang. Percaya bahawa apa yang berlaku itu menguji serta menjadikan kita insan yang berjiwa kental. Doakan yang terbaik untuk insan-insan sedemikian.