sudah lama tidak menulis dalam blog.... kehilangan idea untuk menulis.....
Kelahiran bayi memang ditunggu bagi setiap pasangan yang berkahwin kerana zuriat itu dapat mengikat serta mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Namun begitu, pada pendapat saya suami dan isteri harus bersedia dari aspek mental dan fizikal. Contohnya, mereka harus bersedia untuk mendengar tangisan bayi pada waktu malam, harus bersedia untuk bangun malam dan berjaga malam apabila bayi mula meragam. Walaupun perkara ini kadang-kadang dipandang mudah, namun jika pasangan tidak bersedia maka akan wujud pelbagai konflik dalam rumahtangga.
Adakah para suami serta isteri sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu dan bapa? Untuk menjadi seorang ibu dan bapa yang baik dan bertanggungjawab mereka seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kerana bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tambahan pula, pada zaman kecanggihan teknologi ini pelbagai maklumat boleh diakses sama ada dari rumah mahupun dari kafe siber.
Semasa dalam kandungan lagi suami dan isteri harus mengetahui apa yang patut dilakukan atau tidak patut dilakukan. Pada pendapat saya, semasa dalam kandungan lagi ibu dan bapa seharusnya menjaga tingkahlaku serta mengamalkan beberapa surah agar anak yang dilahirkan bukan sahaja sempurna malahan mempunyai akhlak yang baik. Saya amat tertarik dan teruja apabila seorang kawan baik saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun serta anak perempuan yang berusia dalam lingkungan 5 bulan amat risau mengenai anaknya kerana melihat fenomena anak-anak sekarang yang suka melawan cakap,tidak mendengar kata, dan seumpamanya. Apakah usaha beliau untuk memastikan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu tidak memiliki sikap dan tingkahlaku sedemikian. Beliau telah mengamalkan beberapa surah kemudian ditiupkan dalam minuman atau makanan anak tersebut agar anak tersebut dijauhi dari sikap tersebut. Betapa risaunya hati seorang ibu. Inilah cara yang sepatutnya digunakan dan diamalkan kepada ibu bapa agar lahirnya generasi yang bukan sahaja bijak tetapi mempunyai akhlak yang baik.
Tahniah saya ucapkan kepada Nurul Asyikin dan pasangannya Amirul kerana menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Naufal dan kepada Sazila samat jagalah kandungan anda baik-baik... Aku yakin ko kuat k n jangan marah2... lalalala