Ahad, 3 April 2011

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian.... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar..... Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.... Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari... Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku? P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

Yang ini saya copy and paste..... menarik untuk dibaca.....

Pada pendapat saya, perkara ini mungkin berlaku dalam kehidupan seharian. Apakah pendapat anda sama dengan pendapat saya?

Tahun 2011 hampir 9 tahun saya meninggalkan alam persekolahan.Alam persekolahan merupakan alam yang amat indah untuk diingati. Andai masa dapat diputarkan kembali saya ingin kembali menjadi pelajar sekolah. Alangkah indahnya pada masa itu, tiada masalah, ceria dan gembira.

Pada waktu sekolah dahulu, saya merupakan seorang pelajar yang pendiam, pemalu dan berkawan dengan perempuan sahaja. Pada usia persekolahan lazimnya ramai pelajar yang suka bercinta atau lebih dikenali dengan istilah "cinta monyet". Namun begitu, prinsip saya pada waktu itu ialah tidak mahu dan tidak minat untuk bercinta. Sikap tersebut kekal walaupun saya berada di universiti. Kemudian apabila keluar dari universiti, saya masih tidak berminat untuk bercinta kerana saya sudah biasa hidup tanpa seorang insan bergelar lelaki.

Tahun ini juga hampir 13 tahun saya berkawan dengan rasidah serta zianti. Kami bertiga merupakan sahabat baik semasa bersekolah dahulu. ketiga-tiganya mempunyai karakter yang berbeza. Zianti merupakan seorang yang ceria dan suka cakap lepas dan kadang-kadang sikapnya menyakitkan hati. Rasidah pula seorang yang lemah lembut dan kadang-kadang mudah terikut dengan kawan dan saya pula seorang yang pendiam serta jarang menyakitkan hati orang( bukan saya yang cakap, kedua-dua sahabat saya yang berkata sedemikian). Namun begitu, selepas tahun 2002,persahabatan kami agak renggang kerana masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Berkawan dengan mereka merupakan kenangan terindah dalam hidup saya kerana keluarga tahu yang kami memang berkawan rapat. Saya masih ingat lagi, kenangan saya bersama dengan diaorang iaitu keluar ke kuantan pada usia 16 tahun iaitu tingkatan 4. Itulah kali pertama saya dapat keluar ke tempat yang agak jauh bersama kawan-kawan kerana bapa saya sukar untuk melepaskan saya pergi ke mana-mana.Dalam erti kata lain, bapa saya mengawal pergerakan saya semasa saya berada di bangku sekolah. Tambahan pula, saya merupaka satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki.

Apabila habis sahaja kelas tambahan, saya, rasidah, dan zianti suka melepak sama ada di taman permainan belakang sekolah, crk atau cyber cafe. Indah apabila dikenang.Namun begitu, ia hanyalah satu kenangan yang tidak akan berulang kembali.
Saya rindukan saat-saat bersama mereka. Namun begitu, apa yang menyedihkan saya ialah kawan baik saya iaitu Rasidah kembali sakit semula iaitu sakit jantung. Rasa sedih apabila bersembang dengan dia baru-baru ini. Tidak sangka penyakit lamanya kembali semula. Saya harap dia akan sembuh dan saya juga tidak sanggup kehilangan kawan baik sepertinya. Bagaimana pula nasib anak-anak dan suaminya? Saya sebagai kawan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.



Gambar ini ketika saya berada dalam tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.

Apakah karakter saya semasa sekolah dahulu?

1) Pendiam.
2) Pemalu.
3) Sopan santun.
4) Saya berkawan dengan perempuan sahaja.

Hahaha, itulah karakter semasa saya bersekolah dahulu. Anda hendak percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.

Gambar ketika saya berada dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah pada tahun 1999.

Semasa saya berada dalam tingkatan 4 saya bukanlah pelajar aliran sains tulen. Subjek yang saya ambil ketika berada dalam tingkatan 4 ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Sains,Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Matematik (subjek teras), manakala subjek elektif pula ialah Perdagangan, Ekonomi Asas, Pendidikan Seni, dan juga Geografi.

Subjek yang paling saya benci adalah subjek pendidikan seni kerana saya tiada bakat untuk melukis dan mewarna.






Gambar pelajar kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.

Saya pasti ramai yang tidak percaya bahawa saya merupaka anggota kadet polis sekolah bermula dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 6 atas. Antara aktiviti yang pernah saya sertai sepanjang saya bergelar anggota kadet polis ini ialah:

  1. Aktiviti kawat kaki.
  2. Perkhemahan pelajar-pelajar kadet polis sekolah-sekolah daerah Rompin di Pinggir Pelangi.
  3. Perbarisan Kemerdekaan di Rompin.
  4. Latihan Menembak di Paloh Hinai. (Tak ingat dah)





Gambar ketika berada dalam tingkatan 6 rendah SMK Muadzam Shah.

Alhamdulilah, mungkin bukan rezeki saya untuk memasuki universiti selepas tamat SPM. Pada pendapat saya, tingkatan 6 adalah sukar kerana anda perlu menjadi seorang yang kuat dari emosi kerana apabila anda berada dalam tingkatan 6 bermakna sebelah kaki anda sudah berada di universiti. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan belajar bersungguh-sungguh kerana tingkatan 6 bukannya mudah. Saya bersyukur kerana berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Jauh di sudut hati saya, saya teringin untuk menyambung semula pengajian iaitu mengambil sarjana. Namun begitu, ada kekangan yang menyebabkan saya terpaksa menangguhkan seketika impian saya untuk menyambung semula pengajian. Saya berharap segala impian dan harapan saya akan tercapai.

Sekian, wasalam