Ahad, 30 Januari 2011

Adakah menolong isteri di dapur itu menjatuhkan maruah seorang suami? Pada pendapat saya, maruah seorang suami tidak akan jatuh malahan ia akan mendapat pujian serta dapat menambat hati isteri. Seorang suami seharusnya menukar paradigma mereka bahawa menolong isteri dalam melakukan kerja rumah itu akan menjatuhkan maruah anda ataupun anda akan dikata "queen control". Sebenarnya pada zaman ini, suami isteri harus saling tolong menolong, saling bantu membantu untuk meringankan beban kerja masing-masing.

Sebagai seorang suami anda tidak berasa kasihan apabila melihat isteri anda melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit ataupun ketika isteri anda sarat mengandung. Buangkan ego anda kerana sesungguhnya pada asalnya kerja-kerja rumah itu sepatutnya anda yang lakukan. Buangkan pemikiran yang mengatakan bahawa kerja-kerja di rumah sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Cuba anda bayangkan, seorang wanita yang baru sahaja pulang dari bekerja terkejar-kejar untuk memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak tetapi anda sebagai seorang suami pulang sahaja dari bekerja mandi, kemudian menonton televisyen, dan meminta isteri anda menghidangkan kopi kepada anda. Seharusnya suami yang dikurniakan akal yang lebih dari kaum wanita mampu berfikir dengan waras tetapi sayangnya anda sebagai suami kadang-kadang tidak mampu memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Kesimpulannya, ubahlah paradigma yang mengatakan menolong isteri menjatuhkan maruah anda sebagai seorang suami serta sebagai seorang lelaki.

Sekian, Wasalam...




Dua minggu lepas, saya dan suami pergi berjalan-jalan di Masjid Kristal dan Taman Kesenian Islam yang terletak di Kuala Terengganu. Kami bertolak dari Tumpat pada pukul 2 pagi dan sampai di Kuala Terengganu kira-kira jam 4.30 pagi. Kami menginap di Resort di sekitar Batu Buruk. Penginapan tidak mahal mana sekitar RM 40 sahaja.

Pada keesokan harinya, selepas makan tengahari kami pergi ke Masjid Kristal serta Taman Kesenian Islam. Pada pendapat saya masjid tersebut sangat cantik dan indah. Kemudian, saya dan suami pergi ke kafe yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk minum dan melihat keindahan panorama ciptaan Tuhan dan melihat seorang lelaki dan perempuan sedang bermain jetski ( betul ke ejaan, belasah je).







Best tengok tapi tak berani nak cuba....







Selepas hampir 4 kali keluar dan masuk semula, saya dan suami mengambil keputusan untuk melihat keindahan Taman Monumen. Secara jujurnya, saya berpendapat Taman Monumen tersebut sangat cantik. Namun begitu, jika tiada penyelanggaran secara berkala maka tempat yang cantik akan menjadi tempat yang kurang menarik. Selain itu, rugi mengeluarkan modal yang banyak untuk membina Taman Monumen tersebut jika tidak diselanggarakan dengan baik. Pada pendapat saya juga, Taman Monumen ini merupakan antara daya tarikan untuk pelancong datang berkunjung ke negeri tersebut. Jika adanya promosi yang berkesan tidak mustahil ramai pelancong tertarik untuk datang melihat keindahan yang terdapat di negeri Terengganu ini.Saya titipkan beberapa gambar ketika saya dan suami melihat tempat tersebut.

Pemandangan Masjid Kristal, siapakah juruteranya?Pada pendapat saya, anda hebat orangnya kerana dapat menyiapkan pelan yang hebat dan cantik.

Gambar Batu Bersurat juga dipamerkan di Taman Monumen yang membuktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.



Rehal juga turut dipamerkan di Taman Monumen ini.





Pasangan yang romantik ke?


Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi lain kali akan saya uploadkan.....