Rabu, 16 Mac 2011

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (Official Video Clip)





LAGU INI AMAT SAYA SUKAI.... HUHUHU.....

HIDUP INI TIDAK SEINDAH YANG KITA HARAPKAN. KADANG-KADANG APA YANG KITA HARAPKAN BELUM TENTU KITA AKAN DAPAT. NAMUN BEGITU, APA YANG PENTING KITA HARUSLAH BERFIKIR DARI SUDUT POSITIF BAHAWA SETIAP APA YANG BERLAKU, SETIAP APA YANG KITA LALUI ITU MERUPAKAN UJIAN DAN PASTINYA ADA HIKMAHNYA. USAHA DAN SELEPAS ITU REDHA DAN TAWAKAL DENGAN HIDUP KITA. SESUNGGUHNYA SETIAP UJIAN DAN DUGAAN ITU PASTI SESUAI DENGAN KEMAMPUAN KITA.KADANG-KADANG TERDETIK DALAM HATI KENAPA KITA DIDUGA DAN DIUJI. NAMUN BEGITU, REDHA DAN TAWAKAL DAN YAKINLAH BAHAWA PASTI ADA SINAR BAHAGIA....

Jumaat, 11 Mac 2011

Assalamualaikum.... sudah lama rasanya tidak menulis....

Wanita-wanita di luar sana perlu bijak dalam mengatur masa depan. Walaupun anda sudah berkahwin anda juga perlu bijak dalam merencanakan masa depan anda. Sediakan payung sebelum hujan, pepatah yang amat sesuai kepada wanita-wanita di luar sana terutamanya surirumah tangga. Rancangkanlah masa depan anda. Aturkan hidup anda. Jika terjadi sesuatu dalam hidup anda berfikirlah secara positif, kuatkan semangat, kuatkan hati, dan yakinlah setiap dugaan itu ada hikmahnya. Teruskan hidup dengan tabah dan sayangi serta hargai diri anda.

Perkahwinan yang dibina belum tentu menjaminkan rasa bahagia. Adakah rasa bahagia itu boleh dibeli dengan wang ringgit? Pada pendapat saya,duit dan harta tidak dapat membeli rasa bahagia kerana rasa bahagia itu datang dari dalam diri individu. Jika diberi pilihan, apakah pilihan hidup anda iaitu hidup dilimpahi kemewahan tetapi tidak bahagia atau hidup sederhana tetapi bahagia. Secara jujurnya, jika diberikan pilihan saya lebih suka hidup sederhana tetapi hati saya bahagia dan tidak disakiti. Saya juga pasti wanita-wanita lain juga akan berfikir sebagaimana saya berfikir iaitu hidup sederhana tetapi bahagia.

Rasa bahagia itu boleh wujud jika kedua-duanya saling memberi dan menerima. Jika salah seorang hanya tahu memberi dan seorang lagi hanya menerima sahaja, maka pincanglah rumahtangga. Setiap pasangan yang berkahwin perlu sentiasa mencari ilmu untuk memastikan rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Oleh itu, tidak salah jika pasangan suami isteri banyak membaca dan mendengar bahan-bahan yang positif untuk memastikan rumahtangga tersebut akan berkekalan. Namun begitu, jarang para suami di luar sana yang sanggup mencari ilmu untuk memastikan mereka bahagia. Buanglah ego anda demi kebahagiaan anda berdua.

Suami sebagai ketua rumahtangga perlulah sentiasa mempunyai ilmu pengetahuan dalam menangani sesuatu masalah. Jadilah suami yang dihormati oleh isteri. Usahlah gunakan kuasa veto anda sesuka hati kerana kelak akan memakan diri anda. Lengkapkan diri anda dengan ilmu agama dan didiklah isteri anda dengan penuh kasih sayang serta hikmah. Jika anda merasakan bahawa anda sudah membenci dan tidak menyukai isteri anda lepaskanlah dengan cara yang hormat, habis tempoh iddah pulangkan isteri anda kepada walinya dengan cara yang baik. Usahlah jadi lelaki yang dayus. Saya yakin ibu dan bapanya akan menerima dengan hati yang terbuka. Bertindaklah dengan cara yang betul iaitu mengikut undang-undang yang ditetapkan. Usahlah bertindak mengikut hati kerana "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Oleh itu, bertindaklah menggunakan akal kerana Allah mengurniakan anda akal yang lebih supaya anda dapat berfikir secara waras.

Sekian, wassalam...

Khamis, 3 Mac 2011

Sejak akhir-akhir ini menjadi satu "trend" kepada pembikin filem untuk menerbitkan filem-filem seram kerana ramai dalam kalangan peminat filem tanah air berminat untuk menonton filem-filem seram. Kebanyakan filem-filem seram mendapat kutipan "box office".Antaranya filem Khurafat arahan anak Datuk Yusof Haslam sememangnya menarik untuk dilihat dan ditonton.Pada pendapat saya, ceritanya banyak menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada penonton iaitu usahlah bergantung harap atau mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak betul. Saya puji lakonan Sabrina Ali kerana beliau berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik.
Assalamualaikum.... sudah lama tidak menulis... hu3...


Kadang-kadang manusia ini hanya tahu menghargai apabila sudah kehilangannya.......

Apabila dia berada di depan kita, kita tidak tahu menghargai hati dan perasaannya , kita rasa kita boleh hidup tanpanya.........

Namun begitu, sebenarnya apabila sudah kehilangannya barulah kita tahu bahawa sesungguhnya kita amat merindui dan mengasihinya......

Rindu dengan apa yang dia lakukan kepada kita,rindu dengan belaian kasih sayangnya.... Rindu akan segala-galanya..... Terimalah dia apa adanya..... Terimalah segala kekurangan dan kebaikannya.....

Apabila dia ada di depan mata, kita rasakan bebelannya membosankan, memberi tekanan dalam hidup kita... Namun, apabila dia pergi dari hidup kita, barulah kita sedari bahawa kita amat merindui bebelannya....

Apabila kita tengah marah, kita mengungkapkan sesuatu tanpa berfikir apakah hatinya terguris atau tidak terguris.... Kata-kata yang diungkapkan itu lebih pedih dari satu pukulan kerana pukulan hanya dirasai sakitnya pada waktu tersebut sahaja.... Namun, kata-kata yang diungkapkan yang menyakitkan hati pasangan akan diingati dan difikirkan....Adakah kita seteruk apa yang diungkapkan?

Hargailah apa yang kita ada dan jagalah perasaannya kerana sesungguhnya apabila rasa cinta dan kasih sayang itu sudah pergi sukar untuk kita merebut hatinya kembali....

Jauh di sudut hati saya, apa yang saya inginkan dari beliau adalah penghormatan, dilayani selayaknya, dikasihi, dan disayangi.Namun begitu, seringkali beliau mengungkapkan sesuatu tanpa memikirkan perasaan saya.... Sesungguhnya, saya masih ingati kejadian itu... Kenapa begitu sukar untuk saya melupakan apa yang beliau ungkapkan? Jika ditanya semula pasti beliau tidak akan ingati... Rindukah beliau pada saya? Ya, itu ungkapannya sangat rindu... Namun begitu, kenapa apabila di depan mata seringkali apa yang saya lakukan tidak kena pada pandangan matanya... walaupun dalam hati masih ada rasa sayang tetapi tidak semudah itu untuk saya memaafkannya kerana hati saya sangat terluka.... Saya ingin beliau rasa hidup tanpa saya supaya beliau menghargai apa yang dimiliki.... Jika memang beliau tercipta untuk saya, beliau akan datang berjumpa kedua ibu bapa saya untuk meminta maaf... saya inginkan beliau rendahkan egonya....seringkali beliau menyalahkan saya.... ya, mungkin saya tidak cukup baik pada pandangannya.... beliau rasa apabila mengikut apa yang saya cakapkan, maka egonya sebagai LELAKI akan jatuh... kenapa LELAKI seringkali berfikir sedemikian sedangkan apa yang disampaikan kepada beliau adalah untuk kebaikannya......