Assalamualaikum.... sudah lama rasanya tidak menulis....
Wanita-wanita di luar sana perlu bijak dalam mengatur masa depan. Walaupun anda sudah berkahwin anda juga perlu bijak dalam merencanakan masa depan anda. Sediakan payung sebelum hujan, pepatah yang amat sesuai kepada wanita-wanita di luar sana terutamanya surirumah tangga. Rancangkanlah masa depan anda. Aturkan hidup anda. Jika terjadi sesuatu dalam hidup anda berfikirlah secara positif, kuatkan semangat, kuatkan hati, dan yakinlah setiap dugaan itu ada hikmahnya. Teruskan hidup dengan tabah dan sayangi serta hargai diri anda.
Perkahwinan yang dibina belum tentu menjaminkan rasa bahagia. Adakah rasa bahagia itu boleh dibeli dengan wang ringgit? Pada pendapat saya,duit dan harta tidak dapat membeli rasa bahagia kerana rasa bahagia itu datang dari dalam diri individu. Jika diberi pilihan, apakah pilihan hidup anda iaitu hidup dilimpahi kemewahan tetapi tidak bahagia atau hidup sederhana tetapi bahagia. Secara jujurnya, jika diberikan pilihan saya lebih suka hidup sederhana tetapi hati saya bahagia dan tidak disakiti. Saya juga pasti wanita-wanita lain juga akan berfikir sebagaimana saya berfikir iaitu hidup sederhana tetapi bahagia.
Rasa bahagia itu boleh wujud jika kedua-duanya saling memberi dan menerima. Jika salah seorang hanya tahu memberi dan seorang lagi hanya menerima sahaja, maka pincanglah rumahtangga. Setiap pasangan yang berkahwin perlu sentiasa mencari ilmu untuk memastikan rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Oleh itu, tidak salah jika pasangan suami isteri banyak membaca dan mendengar bahan-bahan yang positif untuk memastikan rumahtangga tersebut akan berkekalan. Namun begitu, jarang para suami di luar sana yang sanggup mencari ilmu untuk memastikan mereka bahagia. Buanglah ego anda demi kebahagiaan anda berdua.
Suami sebagai ketua rumahtangga perlulah sentiasa mempunyai ilmu pengetahuan dalam menangani sesuatu masalah. Jadilah suami yang dihormati oleh isteri. Usahlah gunakan kuasa veto anda sesuka hati kerana kelak akan memakan diri anda. Lengkapkan diri anda dengan ilmu agama dan didiklah isteri anda dengan penuh kasih sayang serta hikmah. Jika anda merasakan bahawa anda sudah membenci dan tidak menyukai isteri anda lepaskanlah dengan cara yang hormat, habis tempoh iddah pulangkan isteri anda kepada walinya dengan cara yang baik. Usahlah jadi lelaki yang dayus. Saya yakin ibu dan bapanya akan menerima dengan hati yang terbuka. Bertindaklah dengan cara yang betul iaitu mengikut undang-undang yang ditetapkan. Usahlah bertindak mengikut hati kerana "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Oleh itu, bertindaklah menggunakan akal kerana Allah mengurniakan anda akal yang lebih supaya anda dapat berfikir secara waras.
Sekian, wassalam...