Membaca itu jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang seringkali diperkatakan. Namun begitu, saya melihat masyarakat pada hari ini kurang gemar membaca. Pada saya dengan membaca kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran juga boleh berlaku melalui membaca. Contohnya dengan membaca surakhabar kita dapat mengetahui isu-isu terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Budaya membaca ini harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya minat membaca. Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Terangkan kepada mereka kebaikan membaca.
Aktiviti membaca ini dapat merangsang perkembangan minda anak-anak. Anak-anak yang suka membaca lazimnya cepat belajar dan mengetahui banyak perkara dalam hidup ini. Namun begitu, kita tidak perlu setiap saat dan detik membaca bahan-bahan yang bersifat ilmiah. Pada pendapat saya, otak kita juga perlu berehat dari memikirkan urusan seharian. Oleh itu, kita boleh membaca novel. Saya sendiri suka membaca novel untuk mengisi masa lapang serta mengurangkan tekanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan