Pada 27 Januari lalu, saya melihat rancangan "Semanis Kurma" yang disiarkan pada jam 10.00 malam di TV 9 yang bertajuk "Pura-pura bahagia" (Kahwin pilihan keluarga). Pada pendapat saya, ia merupakan topik yang menarik untuk dikupas dan dibincangkan. Adakah masih rasional pada zaman ini perkahwinan diatur oleh keluarga serta masihkan ada yang berkahwin atas pilihan keluarga pada zaman kecanggihan teknologi maklumat ini? Secara jujurnya, saya merasakan bahawa pada zaman moden ini masih ada pasangan yang berkahwin atas pilihan keluarga termasuk saya sendiri yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Apakah kebaikan serta keburukan mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga? Ya, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah iaitu utamakan pilihan keluarga kerana mematuhi perintah ibu bapa itu satu kewajiban. Pada pendapat saya, setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anaknya. Mereka pasti ingin melihat anak mereka bahagia bersama pasangan mereka.Mereka juga sudah semestinya inginkan pasangan yang terbaik untuk anak mereka. Oleh itu, perkahwinan yang dibina atas pilihan keluarga pasti akan mendapat restu serta doa daripada mereka. Doa yang paling makbul ialah doa daripada kedua ibu bapa anda.
Namun begitu, banyak juga cabaran dan halangan yang pasti akan dilalui oleh pasangan yang berkahwin atas pilihan keluarga atau pilihan sendiri. Mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga secara umumnya tidak mengalami proses percintaan yang begitu lama. Oleh itu, apabila berkahwin, pada waktu itulah mereka mula mengenali pasangan mereka serta memahami apa yang disukai serta tidak disukai oleh pasangan.Secara jujur, bercinta selepas berkahwin lebih indah kerana pasangan kita telah menjadi hak kita yang sah.Pertelingkahan,perbalahan antara pasangan merupakan perkara biasa dalam perkahwinan kerana sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Oleh itu, setiap pasangan seharusnya berfikiran positif dan rasional setiap kali berlakunya perbalahan antara mereka. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik iaitu dengan berbincang dari hati ke hati serta elakkan saling menyalahi serta memaafkan pasangan. Perkahwinan yang dibina atas pilihan sendiri juga tidak terkecuali untuk menghadapi masalah tersebut. Pada pendapat saya, bercinta bertahun-tahun lamanya belum tentu kita mengenali pasangan kerana kita hanya akan mengetahui serta mengenali pasangan apabila kita hidup bersama. Oleh itu, kebahagiaan dalam institusi perkahwinan sama ada yang dibina atas pilihan keluarga atau sendiri itu bergantung kepada kematangan pasangan tersebut dalam menghadapi setiap masalah dan rintangan terutamanya pada 5 tahun pertama perkahwinan tersebut. Selain itu, seringlah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam rumahtangga serta sentiasa bersikap jujur dan bersangka baik kepada pasangan kita...
Sekian...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan