Khamis, 6 Januari 2011
apa-apa sahaja
Perkahwinan itu merupakan satu ikatan suci antara 2 orang manusia yang mana 2 jiwa disatukan dalam ijab dan kabul. Perkahwinan bukanlah merupakan perkara yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang bakal dilalui oleh pasangan terutama bagi pasangan yang baru melayari alam rumahtangga. Kekuatan mental,jiwa,serta rohani itu adalah antara punca berkekalan sesebuah perkahwinan. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga apa elemen penting yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka. Pertama, usahlah diharap perkahwinan ini indah-indah belaka, pasti ada dugaan dan rintangan yang lebih hebat dari sebelum berkahwin.Selain itu,usahlah berharap bahawa pasangan kita terlalu sempurna,apa yang penting dia ikhlas menyayangi kita, menghormati kita dan keluarga kita. Harungilah alam perkahwinan dengan rasa saling sayang menyayangi iaitu semakin hari semakin sayang. Jagalah pertuturan dan tingkahlaku kita. Janganlah ketika kita mempunyai perasaan marah kepada pasangan kita, kita mengeluarkan kata-kata kesat seperti bangsat, bodoh,tolol,bengong, dan lain-lain. Jagalah hati pasangan kita. walaupun dia melakukan kesalahan tetapi boleh ditegur dengan cara yang lebih hikmah dan bijaksana dan bukannya dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat. Ingatilah kebaikan yang pernah pasangan kita berikan kepada kita. Jangan sesekali kita memikirkan bahawa apa yang ada diluar itu jauh lebih baik dari pasangan kita kerana belum tentu perkara itu benar. Yakinlah bahawa apa yang telah ditentukan dalam hidup kita pasti terbaik dalam hidup kita. Pertelingkahan dan perbalahan dalam rumahtangga itu merupakan perkara biasa dan fikirkan yang positif. Pertengkaran dan pertelingkahan itu sebenarnya yang membuatkan kita lebih memahami pasangan kita. Anggaplah itu asam garam dalam kehidupan rumahtangga.Pasti ada manisnya pada penghujung kehidupan kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan