Sabtu, 15 Januari 2011

PENGANGGURAN DALAM KALANGAN SISWAZAH

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan isu yang seringkali diperkatakan tidak kira sama ada dalam media massa mahupun media cetak. Mengapakah ramai siswazah yang menganggur? Adakah kerana mereka memilih pekerjaan? Apakah punca-punca serta sebab-sebab ramai siswazah menganggur? Pada pendapat saya, ramai siswazah menganggur bukan kerana mereka memilih pekerjaan tetapi begitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan. Kemunculan ramainya siswazah yang cerdik pandai bak kata pepatah "umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan" menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat. Tambahan pula, kemunculan pelbagai insitut pengajian tinggi swasta yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat tawaran belajar di IPTA untuk menyambung pelajaran di IPTS. Fenomena ini berlaku kerana ramai yang menyedari bahawa perlunya setiap individu itu menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, berlakunya lambakan siswazah.

Persoalannya, mengapakah berlakunya pengangguran? Pada pendapat saya kesilapan memilih kursus semasa di universiti merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah pengangguran. Oleh itu, sebelum kita hendak melanjutkan pelajaran ke universiti, kita harus memikirkan prospek kerjaya yang boleh kita ceburi apabila kita tamat pengajian dalam bidang tersebut. Wahai remaja-remaja di luar sana yang sedang menunggu keputusan SPM dan STPM kajilah minat anda dan prospek kerjaya yang boleh anda ceburi serta tetapkan matlamat dan visi anda. Namun begitu, kita juga harus mengingati bahawa setiap apa yang dirancang belum tentu dapat dilaksanakan. Jika perkara itu berlaku ingatlah bahawa pasti ada perancangan yang lebih hebat dari Allah kepada anda.

Mahasiswa serta mahasiswi yang berada di universiti, persiapkan minda anda untuk menghadapi alam pekerjaan semasa berada di universiti lagi. Fikir-fikirkanlah kerjaya apa yang akan anda ceburi selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, mantapkan diri anda dengan pelbagai ilmu untuk menjadikan anda mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti kerana apabila tamat pengajian anda akan berhadapan dan bersaing dengan ribuan mahasiswa dan mahasiswi. Hanya yang terbaik dalam kalangan yang terbaik sahaja akan dipilih untuk bekerja sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Adakah pointer yang baik menjamin anda mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan? Pada pandangan saya tidak kerana ramai juga yang mendapat CGPA "cukup-cukup makan" mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan. Apakah kriteria yang ditetapkan? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....

Sekian, terima kasih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan