Ahad, 15 Mei 2011

Hari ini saya ingin kongsikan rintihan suami yang tidak terucap serta jawapan bagi pihak wanita. Segala hasil penulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja. Jadi, jika ada yang tersinggung harap maaf ye...huhuhu...

1) Sayangi kami seadanya tanpa syarat:
  • Kami memang menyayangi anda tanpa meletakkan apa-apa syarat, tidak kisah anda gemuk, anda cacat atau apa-apalah. Namun, jika kami gemuk,cacat, atau hilang pekerjaan, adakah kasih sayang anda akan berubah?
2)Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga:
  • Untuk menjadi pemimpin rumahtangga memerlukan ilmu dan ilmu tidak semestinya anda haruslah mempunyai ijazah sarjana muda, sarjana ataupun p.h.d. Anda haruslah melengkapkan diri anda dengan ilmu rumahtangga. Adakah anda sering melihat rancangan-rancangan seperti semanis kurma, tanyalah ustaz atau sebelum anda membuat sebarang keputusan adakah anda bertanya kepada mereka yang lebih arif?
3)Kami marah bukan sebab benci tetapi untuk lepaskan tekanan kami:
  • Kami bukan tempat untuk anda melepaskan tekanan jika anda ada masalah di pejabat atau masalah kerja. Kami teman hidup anda. Belajarlah mengawal tekanan. Jika di pejabat anda boleh bersabar dengan karenah rakan sekerja, mengapa anda tidak boleh bersabar dengan kami.
4)Tegur dan ingatkan kami dengan penuh hikmah:
  • Jika sudah menegur dengan cara hikmah, namun masih tidak mahu berubah, apa yang patut kami lakukan? Berdosa jika meninggikan suara, tetapi kami sangat sakit hati melihat anda tidak mahu berubah dan hanya mengharap kami sentiasa menjadi yang terbaik untuk anda. Adakah anda berusaha untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk kami?
5)Suami tidak pandai pamer perasaan tetapi kami sayang anda:
  • Masa bercinta dahulu, anda boleh mempamerkan rasa kasih sayang anda kepada kami. Namun, setelah berkahwin anda rasa malu untuk mempamerkan rasa kasih sayang anda kepada kami. Jadi, janganlah jadi hipokrit. Kami terima anda pada masa itu kerana anda seorang yang pandai mempamerkan rasa kasih sayang anda kepada kami. Anda boleh sms orang lain, tetapi malas untuk menghantarkan sms kepada kami. Sebelum berkahwin, setiap saat ber"sms", namun sekarang 20 kali kami hantar sms baru anda membalasnya.
6)Suami tidak tahan kena leter:
  • Kami kaum hawa memang Allah kurniakan sifat suka berleter. Kadang-kadang apa yang kami leterkan ada benarnya. Kami berleter untuk meluahkan rasa hati kami. Dulu sebelum berkahwin dengan kami, anda boleh menahan telinga untuk mendengar bebelan kami. Namun, setelah berkahwin anda berasa bosan pula....
7)Tolong patuh perintah Allah tanpa kami beritahu:
  • Masalahnya anda sendiri tidak mematuhi suruhan Allah, anda hanya tahu menyuruh tetapi anda sendiri tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada kami...
8) Acapkali lebihkan ibu bapa sebab hendak jadi anak yang soleh:
  • Syurga memang terletak di bawah telapak kaki ibu. Itu tidak dapat dinafikan. Isu ini sangat sensitif. Jadi, saya malas hendak komen. Walaupun ada idea, namun takut jika tersilap tulis.
9)Jangan bandingkan suami dengan suami lain:
  • Suami pun seringkali membandingkan kami dengan wanita lain. Contohnya, jika pergi ke rumah orang lain dan masakan wanita tersebut enak, maka suami akan membandingkan kami dengan wanita tersebut.
10)Doakan suami dunia dan akhirat:
  • Kami memang sentiasa mendoakan suami agar sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayangnya. Namun, adakah anda melakukan apa yang kami lakukan?
Sebenarnya banyak lagi rintihan suami yang tidak terucap. Insyaallah, akan datang saya akan kongsikan lagi.. Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan datang dari dalam diri saya sendiri....

1

1 ulasan:

  1. selalu doakan kebahagiaan ,kekayaan,kesenangan suami...Amin

    BalasPadam