Sabtu, 14 Mei 2011

Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
  • Ye, kami kaum wanita tidak suka kepada lelaki jenis ini. Kami bukan kawan-kawan anda. Kami adalah insan yang lemah yang tidak suka dikasari... huhuhu.
2. MAIN KAYU TIGA
  • Anda tidak suka wanita yang mempunyai sifat atau sikap "playgirl". Oleh itu, kami juga tidak suka kepada lelaki-lelaki yang suka main kayu tiga. Jika anda rasa sangat sakit apabila wanita main kayu tiga dengan anda, begitu juga dengan kami. Masyarakat seringkali memandang serong serta hina kepada golongan wanita yang memiliki sikap ini. Namun begitu, jika golongan lelaki yang mempunyai sikap sedemikian, masyarakat akan mengatakan "biasalah lelaki"....
3. MENGONGKONG
  • Satu situasi yang lazim berlaku dalam rumahtangga ataupun pasangan yang bercinta. Contohnya jika isteri atau teman wanita meminta kebenaran untuk berjumpa dengan kawan-kawannya, maka lelaki akan berkata " awak nak buat pe jumpa kawan awak tu, ada hal penting sangat, kalau tak de perkara penting tak payah pergila". Namun begitu, apabila wanita pula bertanya " abang malam ni abang nak pergi mana, ada hal penting ke, balik pukul berapa", lelaki tersebut akan menjawab "ikut suka hati aku la, aku nak balik pukul bape, nak jumpa sape. aku kan lelaki, kau sibuk hal aku buat ape". Oleh itu, sama-samalah kita renungkan... huhuhu
4. EGO
  • Setiap lelaki memang mempunyai ego yang tersendiri. Belajarlah merendahkan ego anda kerana anda pasti lebih disayangi serta dihormati oleh isteri.
5. MENIPU
  • Ini memang tabiat lelaki (tidak semua lelaki la, hanya sebahagian sahaja). Pelbagai alasan akan diberikan kepada wanita untuk menutup kesalahan mereka. Oleh itu, jika anda ingin mengetahui sama ada pasangan anda menipu atau tidak, tanyalah soalan yang sama berulang kali(tapi bukan pada masa yang sama). Jika jawapan yang diberikan berlainan, maka anda fikir-fikirkanlah.
6.PERASAN
  • Walaupun anda kacak, berpendidikan, mempunyai kerjaya yang tetap, belum tentu kami akan jatuh hati pada anda kerana wanita lazimnya suka atau mudah tertarik kepada lelaki yang mempunyai sifat seperti pengasih,penyayang,penyabar serta yang paling penting mengambil berat mengenai pasangan. Oleh itu, janganlah anda rasa anda mempunyai pakej yang lengkap, maka perempuan akan tertarik pada anda. Hiasi peribadi anda dengan sikap yang positif. Jika anda inginkan wanita yang lemah lembut,sopan santun, berbudi bahasa, begitu juga dengan kami.... adui...
7.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
  • Contohnya, "sayang, tahun ni kita sambut raya dekat rumah abang k", tahun depan pun masih sama, sehinggalah hampir usia 20 tahun perkahwinan pun situasinya masih sama. Saya pasti ramai isteri yang "makan hati". Saya pasti saya bukan wanita yang mempunyai sifat "sabar " itu....
8. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
  • Lazimnya, semasa bercinta hari lahir pasangan diingati. Namun begitu, apabila berkahwin sebaliknya. Jawapannya, " buat pe nak ingat, masa bercinta dulu sebab nak ambik hati awak, dah dapat sudah la, saya bukan mat jiwang". Satu lagi contoh ialah selepas waktu bekerja, mereka akan keluar untuk aktiviti bermain bola sepak, bermain badminton dan sebagainya. Kemudian, pada waktu malam mereka akan keluar lagi dan pulang lewat malam. Apabila wanita membebel maka jawapannya " kesian ayang bini dia balik kampung, kawan abg tu macam org bujang". Jawapan yang mantap. he3.... Jadi, fikir-fikirkan berapa banyak masa yang anda luangkan untuk bersama isteri anda. Lupakah anda pengorbanan mereka iaitu melahirkan zuriat anda. Adakah kawan anda yang melahirkan zuriat untuk anda, yang memasak untuk anda, yang membasuh baju anda? fikir-fikirkanlah. Sesekali bawa pasangan anda untuk "honeymoon". Setiap wang yang anda keluarkan untuk isteri anda merupakan satu sedekah.
9.CEMBURU BUTA
  • Jika lelaki memandang wanita lain hingga terbeliak biji mata, si isteri atau teman wanita tidak boleh menegur. Alasannya, " biasalah saham abang kan tinggi lagi". Namun begitu, jika si isteri atau teman wanita dipandang oleh lelaki lain maka lelaki tersebut akan berkata " awak tu bini/gf saya, janganla nak menggatal pulak, tak sedar diri dah kawin,tak takut dosa ke"....lalalala
10.MATA DUITAN
  • Pada pendapat saya, lelaki sebagai pemimpin seharusnya tidak mempunyai sikap mata duitan ini kerana mereka yang perlu menanggung serta memberi nafkah kepada isteri. (ketandusan idea)

11. KOMITED TERHADAP KERJAYA

  • Sesibuk mana anda, anda harus bijak dalam aspek membahagikan masa untuk bersama anak-anak dan isteri. Tanggungjawab anda memang memberi nafkah tetapi masih anda tanggungjawab lain yang perlu anda fikirkan juga. Harta yang berjuta-juta belum tentu boleh memberi rasa bahagia kepada isteri serta anak-anak dan harta tidak boleh dibawa ke dalam liang lahad. Isteri dan anak-anak anda merupakan harta yang ternilai kerana doa mereka yang akan menentukan kesejahteraan anda di sana nanti. Oleh itu, jangan abaikan tanggungjawab anda untuk mendidik isteri dan anak-anak. Selain itu, ada suami yang terlalu komited dengan kerja sehingga pulang lewat malam. Kemudian,apabila isteri ingin berbual dengan beliau,maka jawapan yang akan diberikan "ayang,abang penat sangat,abang nak tido". Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka akan hambarlah institusi perkahwinan tersebut. Oleh itu, anda perlu bijak dalam aspek pengurusan masa. awww...
12. PANAS BARAN
  • Sejak dari sekolah lagi inilah ciri lelaki yang amat saya benci. Saya paling benci dengan lelaki yang panas baran. Mereka boleh marah kami, tetapi bukannya memaki hamun kami dengan menggunakan kata-kata kesat...

13. KAKI MEROKOK

  • Saya tidak suka lelaki yang kaki merokok kerana saya sangat alergik dengan bau asap rokok. Dalam hati saya, rasa macam nak cekik2 je diaorang ni kerana merokok di depan saya. Saya benci,benci,benci,sangat benci.
14. PENGOTOR
  • Saya hidup dikelilingi dengan lelaki yang pembersih. Jadi, no komen la...
15. GELOJOH
  • no komen(tiada idea)...
16. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
  • Saya tidak kisah mereka berkawan tetapi janganlah sampai mengabaikan perasaan kami. Jika anda boleh bersabar dengan perangai buruk kawan anda, kenapa anda tidak boleh bersabar dengan perangai buruk kami?. Selain itu, seringkali kita mendengar isteri-isteri merungut kerana suami mereka suka belanja kawan-kawan mereka, namun dengan isteri mereka berkira. Sebenarnya, antara isteri dan kawan-kawan pahala sedekah lebih kepada membelanjakan isteri. Jika ada peruntukan lebih, barulah boleh "belanja"kawan-kawan.
17. TIDAK TAHU MEGHARGAI
  • Lelaki yang sudah berkahwin seringkali merasakan bahawa apa yang mereka miliki tidak cukup baik dan mereka merasakan bahawa wanita di luar sana jauh lebih baik dari isteri mereka. Mereka tidak tahan mendengar isteri berleter, namun mereka lupa pengorbanan isteri mereka yang selama 9 bulan 10 hari mengandung serta melahirkan zuriat untuk mereka. Selain itu, mereka sukar untuk memberi pujian kepada isteri dan mereka lebih gemar mengkritik keburukan sikap isteri.
18. PUTAR BELIT
  • Jika lelaki putar belit dengan saya, lazimnya saya akan mengetahuinya sama ada cepat atau lambat sahaja... Saya paling pantang jumpa lelaki yang suka putar belit....
19. SUKA KONTROL MACHO
  • Pada pendapat saya, tidak perlu kontrol macho. Jadilah diri anda sendiri... (idea sudah semakin ketandusan...

Sekian, wasalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan