Ahad, 15 Mei 2011

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia (HD)




Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik di Malaysia. Terima kasih kerana mendidik kami dan tanpa anda siapalah kami pada hari ini. Pada pendapat saya, tugas guru bukanlah mudah kerana guru perlu bijak dalam menangani karenah serta sikap anak murid mereka. Tambahan pula, dalam era kecanggihan teknologi maklumat ini. Saya pernah menjadi guru iaitu guru sandaran tidak terlatih selama 2 tahun dan secara jujurnya saya rasakan besarnya cabaran dalam dunia pendidikan sekarang. Anak murid pada zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu iaitu apabila dimarahi mereka akan takut. Namun, anak-anak zaman sekarang jika dimarahi serta dikasari, maka tidak mustahil mereka akan memberontak. Oleh itu, guru pada zaman sekarang perlu bijak dalam mencari jalan penyelesaian iaitu menggunakan pendekatan yang lebih hikmah dalam menangani pelajar-pelajar sedemikian rupa. Walaubagaimanapun, saya berharap para guru dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagaimana tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Saya yakin dan pasti para guru ikhlas dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Oleh itu, mari kita bersama-sama mengimbas kembali tema hari guru serta menilai dan mengkaji adakah matlamatnya tercapai. Terima kasih saya ucapkan kepada bekas-bekas anak murid saya yang mengucapkan selamat hari guru kepada saya. Huhuhu... Tersentuh hati kerana mereka masih lagi mengingati saya.Malahan semasa keputusan SPM keluar baru-baru ini masih ada lagi pelajar-pelajar yang menghantar sms mengucapkan "terima kasih cikgu atas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya". Mereka juga masih lagi bertanyakan pendapat saya jika mereka menghadapi masalah walaupun saya cuma mengajar mereka semasa tingkatan 4 sahaja.

TEMA HARI GURU 1972-2011

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Sekian, wasalam. Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari dalam diri saya sendiri...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan